Just notes on places that I have been, some few years back, some are recent...
08 April 2012
Dubai - 2004
Berpeluang ke Dubai pada tahun Jun,2004 atas urusan kerja. Bertolak dari KLIA , awal malam, penerbangan mengambil masa 8 jam lebih untuk sampai di sana.
Selepas checkin, tidur dulu, dan turun untuk breakfast. Balik semula ke bilik, dan hanpir selepas asar, dalam jam 4 baru keluar semula unutk ke bandar Dubai. Itu pun selepas di nasihatkan oleh pemandu taksi, kedai tak buka la selepas tengahhari.. tidur rupanya mereka ni diwaktu tengahhari, panas barangkali cuacanya.
Mengikut wesbite http://en.wikipedia.org/wiki/Dubai
Dubai (Arabic: دبيّ Dubeii; IPA: [du'beii]; English pronunciation: /duːˈbaɪ/ doo-BY) is a sovereign state known as an emirate in the United Arab Emirates (UAE). A city within the emirate is also named Dubai. The emirate is located south of the Persian Gulf on the Arabian Peninsula and has the largest population with the second-largest land territory by area of all the emirates, after Abu Dhabi.[4] Dubai and Abu Dhabi are the only two emirates to have veto power over critical matters of national importance in the country's legislature.[5] Dubai City is located on the emirate's northern coastline.
Matawang.
Dubai mengunakan AED sebagai matawangnya, dan ketika di tahun 2004, mereka mengikat matwwang mereka dengan USD.
Apa yang istemewanya pasal Dubai ni?
Pada saya, tempat shoppingnya, mudah nak cari barang, sebab hanya perniagaan yang sama di tempatkan di satu jalan. Kalau disitu dikhaskan unutk kain, maka kain sahaja la kedai kedai yang lain. Kalau tempat tu dikhaskan untuk accesories kereta, maka yang lain pun sama gak.
Tapi yang paling terkenal ialah Gold Souq, atau Pasar Emas.
Dikhaskan untuk menjual emas, kedai kedai bersebelahan pun menjual emas. Apa yang menariknya, tiada pengawal keselamatan atau pu kedai yang di kawal rapi dengan alat keselamatan, tidak ada grill dan sebagainya..
Dubai Abra
Abra sejenis pengangkutan boat unutk menyeberang Dubai Creek.
Dubai ada dipisahkan dengan creek atau macam teluk, dan memerlukan pengankutan air untuk menyeberang, macam kami pejalan kaki ni.
Harganya dalam AED1 dirham, kira murah, dengan bentuk boat yang open air. Mengambil masa dalam 10 minit untuk menyeberang kesebelah.
Tempat duduk nya mengadap keluar,dua baris, hanya ada bumbung.
Tempat duduk nya mengadap keluar,dua baris, hanya ada bumbung.
Makanan?
Yang sedap dimakan ialah briyani kambingnya. Dengan harga yang berpatutan , dakam AED7, mampu kan kita nak makannya? Sebab saiz nya untuk middle east, sebenarnya, boleh di makan unutk dua orang.
Saiz makannan yang besar, boleh untuk dua orang ni.
Jalan jalan di Dubai
Jalan yang terkenal dengan tempat membelibelah ialah Naif street.
Antara barangan yang banyak dijual ialah kain ela...
Sunset at Dubai
Sunset in Dubai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment