Showing posts with label Padang Bukittinggi;. Show all posts
Showing posts with label Padang Bukittinggi;. Show all posts

17 March 2016

Padang Bukittinggi March 2016 - gerhana matahari separa

Alhamdulilah berkesempatan melihat gerhana matahari..hanpir 90% ketika berada diPadang. Malangnya kekurangan peralatan untuk melihat menghalang untuk merakam gambar yg tepat ketika gerhana berlaku..

Padang Bukittinggi March 2016 - Ke Lembah Harau

Lembah Harau terletak di Paya Kumbuh..kira kira 2 jam perjalanan santai dengan kenderaan.

Perjalanan melalui sawah padi terbentang luas dengan dan diselangi oleh  pokok kelapa dan juga pokok avacado.

Sempat berhenti disebuah gerai yg khusus mengeluarkan kudapan berasaskan jagung. Dari air jagung, cucur jagung..

16 March 2016

Padang Bukittinggi - March 2016...perusahaan kacang goreng

Kami sempat singgah di satu gerai menjual hasil keluaran kampung..iaitu kacang goreng dan gula diperbuat dari air tebu. Hasil tanaman dikumpulkan dan di proses sebelum di hantar keluar. Kaedah tradisi masih dilakukan di daerah ini..seperti memerah air tebu dari batangnya menggunakan mesen yg di tarek oleh kerbau.

Melihat penggoreng kacang tanah...yg menggunakan tenaga 4 kerat..menggoreng selama hampir 2 jam. Dicampurkan pasir dan daun kayu manis. 

Hasilnya..dijual dengan harga IDR10000 perliter. Lebihkurang RM 3 setiap liter...liter ekk..bukan kg..mungkin senang nak ukur menggunakan isipadu ..


Padang Bukittinggi March 2016 - ke Puncak Lawang

Perjalanan ke Puncak Lawang melalui jalan berliku dengan sawah padi dikiri dan kanan. Pendakian bermula dengan landskap berubah dgn laluan di lereng gunung. Nun jauh kelihatan kampung kampubg tradisi. Diberitahu oleh tour guide kenapa ada kelompok rumah berdekatan dan ada kelumpuk rumah berjauhan. Setiap suku akan membuat rumah rapat diantara satu sama lain sementara suku lain akan membuat jauh sedikit dari suku tersebut. Larangan berkahwin sesama suku masih ujud di bukittinggi ni...

Pemandangan dari Puncak Lawang, memandang ke arah Tasik Maninjau. Untuk ke tasek tersebut, terpaksa melalui kelok 44, dan akan ber jumpa dengan rumah Hamka  


Puncak Lawang adalah tempat yg popular unutk masyarakat tempatan unutk akitivi paragliding. Dengan ketinggiannya, dan dengan tasek terbentag dibawahnya, memang lokasi ini amat sesuai unutk akitvit paragliding

 
Pokok pine antara yg subur tumbuh dipuncak lawang ini.
 
 

15 March 2016

Padang - Bukittinggi 5 Mar 9 Mar 2016

Selamat sampai di bandara...delay sikit..ikut kata pilot la.. clear imigresen dengan bagasi...wakil travel agen dah sedia menunggu di luar...

Langsung perjalanan bermula..melawat ranah minang..

Antara tempat dilawati...pusat dokumentasi di Padang Panjang.

Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau atau biasa disingkat PDIKM adalah salah satu museum di Sumatera Barat yang terletak di Kelurahan Silaing Bawah, Kecamatan Padang Panjang Barat, Kota Padang Panjang. Museum ini bersisikan berbagai macam informasi dan koleksi mengenai kebudayaan Minangkabaubaik berupa dokumentasi audio maupun visual. Museum ini dapat diakses dari jalur utama Padang–Bukittinggi, berjarak sekitar lebih kurang dua kilometer dari pusat Kota Padang Panjang.

Padang Bukittinggi SUMBAR March 2016

Membeli belah kain bersulam untuk membuat baju ada la salah satu agenda didalam lawatan ke Bukittinggi ini. Sememangnya Bukittinggi terkenal dengan... tempat yg didingin..sawah padinya..kebun sayurnya..gunung berapi Merapi ...tasik tasiknya..jalan yang berliku liku..dan juga sulaman. Samada bersulam di kain khas untuk membuat bajubkurung atau kebaya, atau pun di telekong.

Sulaman Bukittinggi

Ini ada la sebahagian dari kain yg telah siap disulam...sedia untuk dipotong..dijahit dan dibuat baju...baju perempuan la..

14 March 2016

PADANG BUKITTINGGI MARCH 2016

Satu catatan perjalanan..5 hari 4 malam.. diBukittinggi dan Padang Sumatera Barat.

Memang tidak dinafikan..sememangnya makan di rumah makan nasi padang adalah satu pengalaman yg unik. Biasanya pengunjung akan dihidangkan berbagai jenis lauk didalam piring kecil..namun kita boleh menolaknya dengan syarat lauk tersebut tidak di jamah atau dikacau. Kalau tidak..dengan disentuh sedikit sahaja..nescaya lauk tersebut perlu dibayar.

Kesedapan bergantung kepada tekak masing masing..namun..setiap.kali makan dihidangkan...hanya terasa sedal sahaja.

Dengan sawah padi yg banyak di Bukittinggi.. adalah biasa untuk melihat rumah makan didirijan disawah padi.

Antara rumah makan yabg popular ialah Rumah Makan Sederhana, Rumah Makan Simpang Raya,..

Padang - Bukittinggi, Sumater Barat 4 Mar - 9 Mar 2016

Perjalanan bermula dari KLIA2 dengan peswat Air Asia , berlepas jam 0755 hrs. Selamat mendarat di
Bandara Internasional Minangkabau, jam 0800 hrs waktu  indonesia bahagian barat.

Sesampainya dan selepas melepasi urusna imigresen, kami disambut dengan travel agent disini, yg akan menemai kami berserta dengan trasnport, makan dan tempat penginapannya.

jalan jalan ke Padang dan Bukittinggi...lagi 5 Mar - 9 Mar 2016

Antara tempat tinggi yg dilawati ialah Puncak Lawang. Tempat yg popular untuk pengemar paragliding di Bukittinggi. Namun..ketika lawatan..tiada aktiviti tersebut berlaku.

Puncak Lawang merupakan nama suatu puncak dataran tinggi di Kabupaten AgamSumatera Barat. Dari tempat ini, kita bisa meihat birunya Danau Maninjau. Puncak Lawang terletak di Kecamatan Matur, Kabupaten Agam, Sumatra Barat. Ini daerah puncak menuju Danau Maninjau. Dari sini kita dapat melihat pemandangan Danau Maninjau secara utuh

Puncak Lawang berada di 1.210 meter dari paras laut . Di zaman penjajahan, tempat ini digunakan sebagai tempat peristirahatan bangsawan Belanda. Puncak Lawang sering digunakan untuk kejuaraan olahraga paralayang kelas internasional karena merupakan salah satu spot terbaik di Asia Tenggara.[1] Untuk mencapai kawasan Puncak Lawang, kita akan melewati perjalanan dengan 44 belokan yaitu Kelok 44.



19 March 2012

Padang Bukittinggi - catatan perjalanan 15 March 2012 - 18 March 2012


Alhamdulilah ,,selamat pergi dan selamat sampai semula ke KL.

Perjalananan yg amat menarik sekali, bila trip ini tidak melalui travel agent atau menempah sebarang transport di sana.

Beberapa penyelidikan awal untuk mencari agen yang sesuai dialkukan sebelum ini. So, refer balik kat travel agent yg selalu di hubungi, iaitu Shaan Holidays, Bila mendapat quote, dia mintak Rm881 seorang untuk tinggal di The Hills Hotel. Agak mahal, maka, cari lah agen laun dan teringat Raun Sumatera. Nama pun Raun Smatera, http://www.raunsumatra.com rupanya direct translate dari BI, ROUND ..hahaha

Selepas berkomunikasi beberapa kali, akhirnya, mengambil tempahan hotel sahaja dari Raun Sumatera. Dibandingkan menempah hotel dari

1. Raun Sumatera http://www.raunsumatra.com/v1/

2. Book direct ke The Hills , refer kat sini lah http://www.thehillsbukittinggi.com

3. Melalui AGODA.COM http://www.agoda.com.my/asia/indonesia/bukittinggi/the_hills_bukittinggi_hotel_and_convention.html

Satu malam, Raun Sumater charge Rm225 untuk The Hills, dan untuk hujung minggu di tambah lagi RM20. Jadi,selepas pembayaran di bayar ke local agent, melalui CIMB online, slip voucher hotel pun di berikan kepada saya.

Sebenarnya, ada sedikit kesilapan bila buat booking, hanya dari 15 hingga 17. Sepatutnya keluar 18, sebab flight awal pagi 18 March. Tak apalah, dah bayar, silap pulak tu,,,


Flight awal pagi, jam 7:50, kena 2 jam sebelum berlepas, jadi kena lah bangun awal.. dan bertolak ke LCCT KLIA melalui KL Sentral , naik bas jer,, murah , satu jam ,,sampai lah . Web Chck In pun dah buat, boarding pass pun dah ada, Cuma masukkan luggage jer di kaunter.

Huh,,mana lah pulak kaunter ni ,, la baca lah kat papan kenyataan tu...

Alamak, bila timbang, dah lebih dari had, 15 kg, so,, kena lah keluarkan, dan pikul lah. Tak banyak pun terlebih 1.2 kg saja. Hemnm,, strict gak minah yg jaga kaunter ni, yelah ,, dah tugas diakan..


Masih ada masa lagi, so cari sarapan di LCCT tu. Apa yang ada? kalau tengok gambar macam macam ada,, tapi yang tersedia diwaktu pagi cuma air dan nasi lemak atau mee goreng.. so makan apa? Ambik jer nasi lemak dengan telur goreng.. Mahal gak,, mungkin sewa mahal itu yang charge mahal ke planggan Rasanya? boleh lah telan.


Dah makan, langsung ke imigration kaunter, tapi sebelum tu diperiksa lagi oleh pegawai air asia,dan pengawal keselamatan.. Chop passport dan terus ke pemeriksanna keselamatan sekali lagi. Kena scan la bag dan badan.

dah lepas semua tu, terus ke pintu untuk flight AK1370

Tunggu lagi

Flight ontime,,,, 7:50 terbang dah, 50 minit kemudian, landed.

Alhamdulilah, dapat seat belakang, so, ada tangga belakang,,… kan Air Aisa mengamalkan tiada air bridge. Cuaca pun cantekk,,awal pagi, dan disebab kan itu juga, alhamdulilah, kami antara yg pertama berbaris di kaunter imigresen.

“mana tiket balik” tanya pegawai ..ada encik,ni dia!... (macam la aku tak nak balik dari indonesia ni). Cuma 2 kaunter sahaja yang dibuka,.. so mana yang lewat keluar tu, beratur panjang la. ada lah dalam 180 orang beratur, kalau seorang ambik masa 1 minit, mau satu jam gak beratur tu!..alhamdulilah,,sebab dapat clear cepat..

Selepas di chop kedatangan, ambil bagasi, dan keluar,. dan kena ingat, slip rekod kedatangan yg sebahagian tu mesti disimpan untuk waktu keluar nanti..


Kali ini, tiada wakil dari travel agent yang menunggu ,,so … pencarian transpot pun bermula..ada sorang mamat ni,,himpit,, hendak transport ,, dan terus di bawa ke kaunternya …tengok kalau ambik Taksi,



harga tambang taksi dari Bandara ke pekan pekan ,,ke Bukittinggi , dalam IDR224000, satu taksi, boleh sumbat 4 orang..

1. satu taksi dalam IDR224,000,,

2. sewa dan drive sendiri IDR 300 000

3. dengan supirnya IDR 400 000 sebuah Avanza.


senarai harga nak sewa drive sendiri atau sewa dengan pemandu di bandara

Pikikir piker ,, nak meyinggah banyak tempat, so… ambik avanza sekali dengan supirnya… dan minyak dan makan driver kena tanggung .

OK ,,jadi, tak sampai 5 minit, dah deal , dan keluar dari bandara…..


Perjalanana bermula ,,aku dan isteri aku untuk kali keempatnya di Padang Bukittinggi …