Showing posts with label airterjun. Show all posts
Showing posts with label airterjun. Show all posts

29 February 2012

Padang Bukittinggi - Perjalanan,,,

Perjalanan dari Padang ke Bukittingi melalui jalan berliku dengan mendaki bukit. Dah nama pun Bukittinggi, semestinya tinggilah. Dengan jalan dua hala selorong, menyukarkan pemandu kenderaan untuk memecut lagi. Ditambah dengan lereng bukit dan jalan berliku. Namun begit, meneurut pemandu kenderaan kami, kadar kemalangan amat rendah. Mungkin ini disebabkan budi bicara pemandu di sana amat lah tinggi. Mereka paham, bila nak memperlahankan kenderaan bila melihat kenderaan hadapan memotong, dan memberi kenderaan yang lebih laju unutk memotong kenderaan yg perlahan di selekoh dan jalan yang mendaki.

Kiri dan kanan, akan terdapat perkampungan, dan hanya selepas air terjun Lembah anai, kurang penempatan. Mungkin juga disini, kawasannya lereng gunung, menyukarkan penduduk membuat rumah.






aliran sungai membentuk jeram, sesuai untuk berkelah,,


aliran sungai membentuk jeram, sesuai untuk berkelah,,


Semen Padang, pengeluar simen terkemuka di Padang,,