Showing posts with label jam gadang. Show all posts
Showing posts with label jam gadang. Show all posts

19 March 2012

Padang Bukittinggi - catatan perjalanan 15 March 2012 - 18 March 2012, Bendi atau kereta kuda



Bendi atau kereta kuda,. Boleh memuatkan 3 orang, satu jenis pengangkutan yang mesra alam,, Bendi, adalah sebutan untuk kereta kuda dengan dua roda, dikemudikan olehpemandunya . Angkutan tradisional ini masih dipertahankan oleh pemerintah dan masyarakat sekitar Bukittinggi. Bendi ini akan dapat mengantar kita berkeliling kota Bukittinggi, harga yang murah sekitar Rp.15.000 untuk berkeliling Kota Bukittinggi.






cuba perhatikan , kenapa mata kuda tu di pasangkan penutup kiri dan kanan?


Ialah yang hitam tu, menutup mata kuda tu... hehehe,, kata pemandu pelancung kami, tujuannya, tak nak bagi kuda tu confuse, dengan kiri dan kanan,,, so ,, nampak depan jer,,,dan boleh jalan lurus la!..


Padang Bukittinggi - catatan perjalanan 15 March 2012 - 18 March 2012


Sekitar Jam Gadang dan Pasar Atas, sekarang ini oenuh dengan aktiviti perdagangan, secara kecil kecilan.

Dan yang terbaharu, yang diperhatikan ialah terdapat beberapa budak memakai pakaian ber bentuk karaketor kartun yang terkenal. bergabung dengan instant photographer, mereka akan mendekati kanak kanak dan bila mengambil gambar bersama mereka, di kenakan sedikit bayaran.

tak tanya pulak berapa bayarannya!..

lihat la ini,




shaun the sheep!.. antara cerite yang aku gemar tengok, pun ada kat sini!



kepanasan adik tu!

,,

kepenatan,, kepanasan barangkali!

03 March 2012

Padang Bukittinggi - Jam Gadang



JAM GADANG.. atau JAM BESAR.. memang besar pun. Terletak di dataran berhadapan dengan Pasar Atas, pasti pelawat tidak akan terlepas pandang. Menurut sejarahnya, di dirikan dalam 1926 oleh penjajah Belanda. Sehingga kini, telah 3 kali bertukar wajah pada bumbung menara nya, iaitu, berbentuk asal (tak tau macam mana), kemudian diubah oleh pihak Jepun yang menjajah ketika perang, dan diubah ke bentuk bumbung minangkabau, seperti yang ada sekarang.

Menara jam ini telah mengalami beberapa kali perubahan bentuk pada bagian puncaknya. Pada awalnya puncak menara jam ini berbentuk bulat dan di atasnya berdiri patung ayam jantan. Saat masuk menjajah Indonesia, pemerintahan pendudukan Jepang mengubah puncak itu menjadi berbentuk klenteng. Pada masa kemerdekaan, bentuknya berubah lagi menjadi ornamen rumah adat Minangkabau...dari http://www.minangforum.com/Thread-SEJARAH-JAM-GADANG

Menara Jam itu adalah hadiah dair Ratu Belanda ketika itu. Dengan ketinggian 13 meter , ia mempunyai 4 muka jam. Uniknya ialah, angka 4 di tulis IIII dan bukan nya IV seperti huruf Roman yang lain.. Walau pun di bina oleh belanda, design nya di lakukan oleh arkitek Yazid Sutan Gigi Ameh.



Sekitar Jam Gadang, merupakan sebuah dataran, dan apabila malam menjelma, penjaja kecilan akan memulakan perniagaan mereka.