14 October 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London

Setesen yang aku dan isteri kena tuju ialah Victoria Stations, Kalau ikut map, kena tukar tube...kat mana?  kena lah tengok map balik.

 




Kesibukan diwaktu puncak,berebut berebut meninggalkan setesen keretapi, menuju tempat kerja masing masing. 




 Melepak kat cafe sambil menunggu anak bujang sampai. Mana lah pulak budak ni hilang, puas mencari free WiFi, nak send message guna whatsapps.






23 September 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London

Dah sampai, nak cari 2 anak di london yg dah sampai terlebih dahulu.  Mana nak cari ekk? baru nak plan? adoi!

OK, cari tempat yang paling senang nak jumpa,, RV point la,,, ok,, Victoria Stations di pilih, sebab nak ke Gatwick airport pulak petang tu.

Gatwick Airport sebuah lapangan terbang di kota london juga, dan kebanyakkan penerbangn tambang murah berlepas dari sini. Victoria station memang boleh menghubungkan kedua kedua lapangan terbang ini.

Jadi, apa mode perjalanan yang paling murah? Bertanya dengan kaunter khidmat pelanggan, cara murah dan cepat ialah menaiki tube, atau train. Harganya?...banyak pound gak la! ...

ini diceduk dari .. http://www.tripadvisor.com/ShowTopic-g186338-i17-k2002902-How_to_get_to_Victoria_Station_from_Heathrow-London_England.html

The Underground will take you from LHR to Victoria with a minimum of fuss. Heathrow Connect is an overground train similar to the HEX, but it is a stopping service - the HEX runs from LHR to Paddington with no stops en route - with Connect taking about 25 minues from the airport to Paddington.
Taking the Tube is fairly simple. There are three Tube stations at LHR: one at T5, one serving T1,2,3 and one at T4. Take any Piccadilly line train from any of the stations. At Hammersmith, alight and walk across the platform to join an eastbound District line train. Take the District line to Victoria and that's it.


 Apa pulak tube tu? adoi! ,,, macam LRT kat KL ,, apa apa pun , baca lah kat sini..

http://en.wikipedia.org/wiki/London_Underground

antaranya ,,,
The London Underground (often shortened to the Underground) is a rapid transit system in the United Kingdom, serving a large part of Greater London and some parts of Buckinghamshire, Hertfordshire and Essex. It incorporates the oldest section of underground railway in the world, which opened in 1863 and now forms part of the Circle, Hammersmith & City, and Metropolitan lines;[3] and the first line to operate electric trains, in 1890, now part of the Northern line.[4]
The Underground system is also colloquially called the Tube. As commonly used today both by Londoners and in most official publicity, this term embraces the entire system.[5] It originally applied only to the deep-level lines with trains of a smaller and more circular cross-section, and served to distinguish them from the sub-surface "cut-and-cover" lines that were built first and originally used steam locomotives.
The earlier lines of the present London Underground network were built by various private companies. They became part of an integrated transport system in 1933 when the London Passenger Transport Board (LPTB) or London Transport was created. The underground network became a separate entity in 1985, when the UK Government created London Underground Limited (LUL).[6] Since 2003 LUL has been a wholly owned subsidiary of Transport for London (TfL), the statutory corporation responsible for most aspects of the transport system in Greater London, which is run by a board and a commissioner appointed by the Mayor of London.[7]


Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London

Alhamdulilah, selamat mendarat di lapantangan Heathrow, London, seperti yang dijangka kan, selepas di hidangkan beberapa set makanan didalam kapalterbang. 
 

Melepasi Border Control atau immigeration, dan pastikan landing  card di isi dengan sempurna.

Kena tau gak dan isi dengan betul, dan bila ditanya, jawab dengan confident. Duduk kat mana, berapa lama, apa tujuan,, mudah ,, kalau ada tujuan, bagi tau jer ler,,








          ,

15 August 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - KL - London

Bergeraklah kami ke KLIA pada 3 july tu, flight MH002 boarding time 1000 malam,  dan MH002 ni adalah penerbangan A380 kali kedua ke london,

Kuala Lumpur to London on MH 002 (non-stop)
3 times weekly (Tuesday, Friday, Sunday) from 1 Jul 2012.  antara liputan penerbangan A380 dari Heathrow, London http://www.telegraph.co.uk/travel/travelnews/9372053/Malaysia-Airlines-launches-first-A380-flight.html .. '
The A380 has a capacity of 494 seats on two decks – 350 economy and eight first-class seats on the lower (main) deck, and 66 business class and 70 economy seats on the upper deck. Though the width of the fuselage makes the cabin feel far more spacious in business class, on the lower deck the economy seats are ten abreast, across two aisles, and the cabin looks more like a cinema than an aircraft.'



Maka jadi lah aku dan isteri menjadi antara penumpang yg awal, antara 1000 pertama orang  yang menggunakan A380 ni..

Menuju KLIA, aku menggunakan ERL KLIA EXPRESS RM35 serorang.


Seperti biasa, prosess check in, ambik boarding pass, masukkan barang ke luggage, ini semua di KL Sentral.

Biasa jer, kelas ekonomi...







 dan menaiki ERL express,,, memakan  masa 23 minit.

Sebelum melepasi imigresen,makan dulu di 



,seterusnya pemeriksaan keselamatan, bergerak ke arah pintu berlepas,, tunggu,, pemeriksaan keselamatan lagi,... masuk dalam kapalterbang ,,, duduk,, dan duduklah sehingga 12 jam seterusnya!.. Lama tu ,,

besar , dan boleh membawa ramai penumpang....Standard dalam kapalterbang ialah sistem AV nya, boleh la layan movie, dengar music, nak mengaji ker ,,,

Yang lebih nya dalam A380 ni , ada USB port, maka,, dapat lah aku charge phone!,,,disepanjang perjalanan dari KL ke London ni.

14 August 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - Memilih tempat tinggal

Memilih tempat tinggal

Agak sukar gak nak pilih tempat tinggal ni sebab di mana nak tempah dulu,,akhirnya, setelah di bincang dengan anak yg dah berada di UK, perjalanan akan bermula dari London ke Malaga, Spain , than ke France, Seterusnya ke Newcastle, Sunderland dan berakhir di London.

Berasaskan tarikh dan destinasi yang telah dipilih,dan tiket kapalterbang tambang murah, easyjet menjadi pilihan.., di UK pun di beli,,, pencarian tempat tinggal pun bermula.

Bila memilih tempat tinggal, beberpa perkara diperhatikan dahulu
1. ada WiFi tak? free lagi lah bagus
2. kedudukannya di mana?.. bagus kalau dekat dengan mana mana setesen TUBE atau METRO atau apa apa pengangkutan awam. Biasanya di eropah, pengangkutan awamnya agak efisen. (memang efisen pun..)
3. kedai makan yang halal - biasanya pengendalinya samaada dar i pakistan atau negara timur tengah. Kalau pengnedalinya orang turki, kena berhati hati ..



Hotel di Malaga, Spain (4/7 hingga 7/7)


Google sana dan sini, dan menggunakan khidmat agoda.com, beberapa hotel dipilih di destinasi pertama, iaitu bandar Malaga, Spain.

Pilih yang murah, nak tau bersih ker tidak ker, setakat dalam gambar dan beberpa review dari penghuni hotel tersebut la.. Maka, pilihan yang dapat, ialah di Hotel Sercotel Bahía Málaga 

Harga bilik? mengikut tarikh dan berapa awalnya di tempah.. so dapat berapa? Harga serendah USD 107 semalam.. mahal? errr,, bayar jer lah,, dalam USD 373. Komen aku pasal hotel ni ada kat sini http://www.agoda.com/europe/spain/malaga/sercotel_bahia_malaga_hotel.html?

Kedudukan hotel ni, di tengah bandar, memudahkan kami berjalan jalan ke beberpa tempat tarikan pelancung di bandar Malaga ni.

Kenapa Malaga? susah gak nak tahu kenapa, tapi, dari sini, hendak ke beberapa tempat ke Cordoba dan Granada, agak dekat, dalam dua jam perjalanan mengikut lebuhraya, yang percuma toll..
Bila dah duduk di hotel ni, carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 5 minutes to reached the restaurant).

Hotel ni ada WiFi percuma..penting tu...

Hotel di Paris (7/7 - 9/7)

dengan bantuan agoda.com beberpa tempat di pilih dan cari punya cari, dapat tempat di Malakoff. Jauh ker dari pusat bandar?.. entah lah mana nak tau? book jer lah dulu, sekurang kurangnya dah tahu nak singgah di mana bila dah sampai nanti.. nekad jer.

apa nama hotel? ni dia ..Residence de La Tour ni terletak di Malakoff, Paris.

Ni kira hotel 2 star jer... so ambik dua bilik, dan kena lah bayar dalam USD256.24 . Mahal ker?.. harga ni sebenarnya harga bilik sahaja, so no breakfast provided. Nak breakfast, kena tambah dalam 8 EURO seorang .. macam tak berbaloi, so tak ambik bfast la.

empunya hotel ni seorang turki, muslim katanya. Dan dibantu oleh anak anak perempuan beliau. Bagusnya, dia orang boleh berbahasa Inggeris. Kalau kat France ni, cakap bahasa inggeris , memang tak layan. baik cakap bahasa malaysia.. hehehe

Bila dah duduk di hotel ni, carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 5 minutes to reached the restaurant), ni sama macam kat Malaga gak, Senang nak isi perut. tapi yang tak laratnya, bila di tanya HALAL, jawapannya HALAL, ada certificate lagi. Tapi bila tengok menu ada pulak burger Jambon (jambon tu pork la) tapi siap buat disclamier lagi kat bawah tu  - TAK HALAL (in french la ayat tu)



Hotel ni ada WiFi percuma..penting tu...


Hotel di Sunderland.(9/7 - 11/7)

Senang,,, anak aku bookkan guest house atau bed and breakfast. Harga dalam 10 pound satu bilik semalam. Ini ada breakfast, so tak de masalah. Bahasa Inggeris , di pahami. Yang tak paham, sebab slang lain... adoi!


Hotel di London (11/7 - 15/7)

Yang ini, aku menggunakan khidmat booking.com untuk mencari tempat tinggal. Nak murah, nak murah,,, jauh dari London pun tak per ,, gitulah bisikan isteri aku ,,, hahahah

Cari punya cari, pilih hostel (hostel tau  bukan hotel) dan memilih bilik 4 orang. Hostel ni lain lah dari hotel. 


Northfields Hostel

264 Northfield Avenue, Ealing, London, W5 4UB (Show map


Carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 3 minutes to reached the restaurant),


 

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - permulaan

Merancang perjalanan ke Eropah bermula apabila anak yang sedang belajar di Univeristy of Sunderland akan menamatkan pengajian di bidang degree in business computing (betul ker kursus ni, nanti diperbetulkan kiranya tak betul) di pada bulan july dan majlis konvoksyen akan berlansung pada 10 jul.

Memula yang masuk senarai ialah:
1. sapa nak ikut? errr...ada ker offer macam tu..
2. tiket kapalterbang
3. tarikh nak pergi - penyudahnya ikut harga tiket murah
4. hotel di mana? harga cam ne
5. mana tempat nak pergi lagi... last last pilih spain dan france
6. buat lesen memandu yang satu piece, sebab terikir kalau nak dribe kat sana, lesen malaysia di terima dengan syarat jenis yang satu piece,
7. passport , tarikh mati bila ekk,,, tak per lama lagi, baru balik dari bangla tempohari..
8. duit tukaran,,,pilih Euro dan Pound
9. aktifkan kad CIMB, untuk overseas withdrawal, boleh di gunakan di ATM yg ada logo CIRRUS atau PLUS (PLUS ni maybank jer kot)
10. bag travel
11. makanan dalam bungkusan,,, ala,,,, mee maggie la,,


Sapa nak ikut?.. aku, dan isteri, dan  anak no 2 nak ikut gak.. nak berjalan di UK katanya..

Maka, pencarian tiket kapalterbang pun bermula, membandingkan antara Ethiad, KLM, Emirates, Oman Air, singapore airlines, dan Malaysia Airlines, di mana, Malaysia Airlines juga menjadi pilihan. Murah ? Mahal ? pilih flight yang murah, maka dapat lah tarik pergi pada 3 jul, dan dijangka pulang pada 15 jul.. harga? hampir Rm4100 gak seorang , pergi balik..

Sementara anak seorang lagi tu,,, pilih Brunai Airlines, in fact, flight Brunei Airlines lah yang paling murah, cuma kena transit di dua tempat. Tiket berharga rm3500 dari KL -- Bdr Sri Begawan -- dubai -- London Heathrow, dan balik ikut laluan yang sama. Camne boleh murah?.. adalah strategi mereka..

tiket dah beli, tak kan nak lepak kat UK jer, alang alang dah sampai di sana, maka beberapa tempat menjadi pilihan. Pilih punya pilih,dengan jangka masa yang terhad disana, destinasi berikut menjadi pilihan:
1. Spanyol - nak pergi tengok Alhambra di Granada dan Masjid Cordoba, di Cordoba
2. France - nak melihat sendiri EiffelTower dan Champ De Elysee, di Paris
3. UK - nak visit semula Oxford street, Buckingham Palace, Trafalagar Square, Malaysia Hall, (errr,,,) and off course, graduation anak di Sunderland., and nak shopping kasut Clarks,, hehehe




23 July 2012

Berjalan ke Eropah... tak la,, setakat Sepanyol (Spain) , Peranchis (France) dan United Kingdom - 3 Jul - 15 Jul 2012

Catatatan perjalanan dari Kuala Lunpur ke beberapa tempat di eropah, antaranya, Spanyol, Peranchis dan United Kingdom (UK). Begitu pun , perjalanan dengan anak dan isteri, seramai 4 orang, memang mencabar, dengan flightdelaynya, dengan tidak cukup tidurnya, dengan kelam kabut driving di sebelah kiri!,,


Bermula dari Kuala Lumpur, bertolak jam 11 malam, mendarat di London, Heathrow, dan terbang ke Malaga, Spain, dan seterus nya ke Paris. Sebelum terbang lagi ke Newcastle, dan menaiki keretapi balik ke London, dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur.


Insyallah akan diceritakan selepas ini..berserta dengan beberapa kpeing gambar yang sempat di snap!.