Memilih tempat tinggal
Agak sukar gak nak pilih tempat tinggal ni sebab di mana nak tempah dulu,,akhirnya, setelah di bincang dengan anak yg dah berada di UK, perjalanan akan bermula dari London ke Malaga, Spain , than ke France, Seterusnya ke Newcastle, Sunderland dan berakhir di London.Berasaskan tarikh dan destinasi yang telah dipilih,dan tiket kapalterbang tambang murah, easyjet menjadi pilihan.., di UK pun di beli,,, pencarian tempat tinggal pun bermula.
Bila memilih tempat tinggal, beberpa perkara diperhatikan dahulu
1. ada WiFi tak? free lagi lah bagus
2. kedudukannya di mana?.. bagus kalau dekat dengan mana mana setesen TUBE atau METRO atau apa apa pengangkutan awam. Biasanya di eropah, pengangkutan awamnya agak efisen. (memang efisen pun..)
3. kedai makan yang halal - biasanya pengendalinya samaada dar i pakistan atau negara timur tengah. Kalau pengnedalinya orang turki, kena berhati hati ..
Hotel di Malaga, Spain (4/7 hingga 7/7)
Google sana dan sini, dan menggunakan khidmat agoda.com, beberapa hotel dipilih di destinasi pertama, iaitu bandar Malaga, Spain.
Pilih yang murah, nak tau bersih ker tidak ker, setakat dalam gambar dan beberpa review dari penghuni hotel tersebut la.. Maka, pilihan yang dapat, ialah di Hotel Sercotel Bahía Málaga
Harga bilik? mengikut tarikh dan berapa awalnya di tempah.. so dapat berapa? Harga serendah USD 107 semalam.. mahal? errr,, bayar jer lah,, dalam USD 373. Komen aku pasal hotel ni ada kat sini http://www.agoda.com/europe/spain/malaga/sercotel_bahia_malaga_hotel.html?
Kedudukan hotel ni, di tengah bandar, memudahkan kami berjalan jalan ke beberpa tempat tarikan pelancung di bandar Malaga ni.
Kenapa Malaga? susah gak nak tahu kenapa, tapi, dari sini, hendak ke beberapa tempat ke Cordoba dan Granada, agak dekat, dalam dua jam perjalanan mengikut lebuhraya, yang percuma toll..
Bila dah duduk di hotel ni, carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 5 minutes to reached the restaurant).
Hotel ni ada WiFi percuma..penting tu...
Hotel di Paris (7/7 - 9/7)
dengan bantuan agoda.com beberpa tempat di pilih dan cari punya cari, dapat tempat di Malakoff. Jauh ker dari pusat bandar?.. entah lah mana nak tau? book jer lah dulu, sekurang kurangnya dah tahu nak singgah di mana bila dah sampai nanti.. nekad jer.apa nama hotel? ni dia ..Residence de La Tour ni terletak di Malakoff, Paris.
Ni kira hotel 2 star jer... so ambik dua bilik, dan kena lah bayar dalam USD256.24 . Mahal ker?.. harga ni sebenarnya harga bilik sahaja, so no breakfast provided. Nak breakfast, kena tambah dalam 8 EURO seorang .. macam tak berbaloi, so tak ambik bfast la.
empunya hotel ni seorang turki, muslim katanya. Dan dibantu oleh anak anak perempuan beliau. Bagusnya, dia orang boleh berbahasa Inggeris. Kalau kat France ni, cakap bahasa inggeris , memang tak layan. baik cakap bahasa malaysia.. hehehe
Bila dah duduk di hotel ni, carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 5 minutes to reached the restaurant), ni sama macam kat Malaga gak, Senang nak isi perut. tapi yang tak laratnya, bila di tanya HALAL, jawapannya HALAL, ada certificate lagi. Tapi bila tengok menu ada pulak burger Jambon (jambon tu pork la) tapi siap buat disclamier lagi kat bawah tu - TAK HALAL (in french la ayat tu)
Hotel ni ada WiFi percuma..penting tu...
Hotel di Sunderland.(9/7 - 11/7)
Senang,,, anak aku bookkan guest house atau bed and breakfast. Harga dalam 10 pound satu bilik semalam. Ini ada breakfast, so tak de masalah. Bahasa Inggeris , di pahami. Yang tak paham, sebab slang lain... adoi!Hotel di London (11/7 - 15/7)
Yang ini, aku menggunakan khidmat booking.com untuk mencari tempat tinggal. Nak murah, nak murah,,, jauh dari London pun tak per ,, gitulah bisikan isteri aku ,,, hahahahCari punya cari, pilih hostel (hostel tau bukan hotel) dan memilih bilik 4 orang. Hostel ni lain lah dari hotel.
Northfields Hostel
264 Northfield Avenue,
Ealing,
London, W5 4UB
(Show map)
Carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 3 minutes to reached the restaurant),
No comments:
Post a Comment