Just notes on places that I have been, some few years back, some are recent...
03 March 2012
Padang Bukittinggi - Pasar Atas
Pasar Atas
Sebuah kompleks membeli belah. Didalamnya, terdapat deretan kedai yang lebih kecil, kebanyakkan nya menjual hasilan seperti baju dan kain. Oleh kerana Bukittinggi terkenal dengal sulamannya, maka, kain bersulam lah yang menjadi bahan jualan utama disni. Sama ada telkung atau kain ela yang telah siap di potong sepanjang 4 meter.
Harganya?. berpatutan, dan kedai yang banyak memberikan anda untuk menawar harga terbaik. Selain dari kain untuk dibuat baju, ada juga kedai yang menjual kain langsir, kain untuk membuat seluar lelaki. Disini juga terdapat kedai yang boleh membuat baju dalam masa 24 jam, (aku tak pernah cuba lagi).
Pasar Atas menjual barangan kering, kalau ada atas,, ada bawah?.. Yer, Pasar Bawah pula menjual barangan basah ,, (aku tak pernah masuk lagi tempat ni) Next trip insyallah, nak tengok dan explore kawasan ini!.
Apa nak cari di Pasar Atas?
Kain ela bersulam
Sekiranya berminat dengan kain yang dah disulam untuk dibuat baju kurung, disini lah tempatnya. Kualiti sulaman, tergantung kepada pembekal ke pekedai ini, ada yang halus, ada yang kurang teliti, dan harga bergantung kepada kualitinya. Juga pada kainnya (disini , disebut bahan)
Telekung
Juga terdpat banyak jenis telekung dijual disini, ada yang kain cotton (di sebut katon), dan berbagai jenis yang lain. warna dari yang putih, kelabu , dengan sulaman yang penuh, sulaman tebuk, sulaman ayak! ,,entah lah!
Kain ela untuk buat seluar lelaki
Pun terdapat disini. Tak pernah cuba untuk membuat seluar dalam masa satu hari, nak cuba ker?.. entah lah!
Langsir
Kain langsir dan boleh disiapkan dalam masa 24 jam, (jahit langsir yang bodoh bodoh jer ler). Perhatikan selain dari kain langsir yang telah di siapkan, dimana fesyen nya tak terdapat di Kuala Lumpur. Harganya pun berpatutan.
Kedai Elektrik
Nak beli barangan elektrik?. tak payah lah, tapi aku berpeluang mencari LNB C-Band sikembar. Dengan harga yang murah. Sebab di Kuala Lumpur memang tak dijual barangan ini dengan cara terbuka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.