Penginapan di Krabi telah diaturkan oleh agen yg juga driver van kami. Van toyota hiace..memuatkan 8 orang agak selesa..bergerak dari sempadan malaysia di Wang Kelian.
Berhenti di sebuah pekan kecil untuk menikmati sarapan pagi. Agak kekok untuk memesan makanan dan minuman kerana tidak memahami apa yg tertuis di menu dan apa la rasanya.
Perjalanan dari wang kelian ke krabi melalui kampong kampong di thailand. Melihat banyak masjid disepanjang perjalanan ini..mengesahkan Islam telah bertapak di selatan thailand ini.
Pemandangan diselang seli dengan deretan pokok kelapa..pokok getah..banjaran gunung dan sesekali perkampungan.
No comments:
Post a Comment