Showing posts with label kuala lumpur krabi kereta. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur krabi kereta. Show all posts

28 March 2016

Krabi - Feb 2015

Penginapan di Krabi telah diaturkan oleh agen yg juga driver van kami. Van toyota hiace..memuatkan 8 orang agak selesa..bergerak dari sempadan malaysia di Wang Kelian.

Berhenti di sebuah pekan kecil untuk menikmati sarapan pagi. Agak kekok untuk memesan makanan dan minuman kerana tidak memahami apa yg tertuis di menu dan apa la rasanya.

Perjalanan dari wang kelian ke krabi melalui kampong kampong di thailand. Melihat banyak masjid disepanjang perjalanan ini..mengesahkan Islam telah bertapak di selatan thailand ini.

Pemandangan diselang seli dengan deretan pokok kelapa..pokok getah..banjaran gunung dan sesekali perkampungan.

26 March 2016

Krabi - Feb 2015

Krabi?.. kat thailand..sebelah pantai barat.  Perjalanan dari KL menuju terus ke Arau. Singgah bermalam di Arau..dan keesokkan harinya terus ke pintu masuk thailand di Wang Kelian.

Perjalanan diteruskan dengan menaiki sebuah van siam berserta pemandu. Pakej termasuk hotel dan transport. Bergerak awal pagi untuk mengelakkan kesesakan di pintu keluar memandangkan ia ada la cuti tahun baru china.

Itu pun hampir 1 jam untuk melepasi imigresen di sebelah thailand.