03 March 2012

Padang Bukittinggi - Sulaman Hj Rosma









Sulaman Hj. Rosma

Hajjah Rosma. Seorang wanita bekas guru SMP di bukittinggi, memulai usahanya dengan melatih remaja-remaja belajar sulaman khas padang. Hingga akhirnya sampai maju seperti sekarang ini.
Sulaman Hj. Rosma berada di dekat desa Baso, kec. ampat angkek. Menjadi tumpuan pelancung melayu (Malaysia dan Singapore, Indonesia tentunya) yang datang berkunjung sekadar melihat-lihat atau membeli cendera mata, sulamannya. harga yang ditawarkan agak mahal, namum mutunya bagus dan motifnya menarik.


Hajjah Rosma,

















Disini, Hj Rosma menyediakan tempat untuk remaja belajar, Ini dilakukan sebagai sebahagian dari latihan voksional. Bukan pelajar dari Indonesia, malah ada juga yang datang dari Malaysia.


Tekun menyulam, walaupun ramai yang melihat ..


Ketelitian dan memerlukan fokus dan fikiran yang tenang untuk membuat sulaman seperti ini..

Hasil nya, seperti ini ,,

Padang Bukittinggi - Jam Gadang



JAM GADANG.. atau JAM BESAR.. memang besar pun. Terletak di dataran berhadapan dengan Pasar Atas, pasti pelawat tidak akan terlepas pandang. Menurut sejarahnya, di dirikan dalam 1926 oleh penjajah Belanda. Sehingga kini, telah 3 kali bertukar wajah pada bumbung menara nya, iaitu, berbentuk asal (tak tau macam mana), kemudian diubah oleh pihak Jepun yang menjajah ketika perang, dan diubah ke bentuk bumbung minangkabau, seperti yang ada sekarang.

Menara jam ini telah mengalami beberapa kali perubahan bentuk pada bagian puncaknya. Pada awalnya puncak menara jam ini berbentuk bulat dan di atasnya berdiri patung ayam jantan. Saat masuk menjajah Indonesia, pemerintahan pendudukan Jepang mengubah puncak itu menjadi berbentuk klenteng. Pada masa kemerdekaan, bentuknya berubah lagi menjadi ornamen rumah adat Minangkabau...dari http://www.minangforum.com/Thread-SEJARAH-JAM-GADANG

Menara Jam itu adalah hadiah dair Ratu Belanda ketika itu. Dengan ketinggian 13 meter , ia mempunyai 4 muka jam. Uniknya ialah, angka 4 di tulis IIII dan bukan nya IV seperti huruf Roman yang lain.. Walau pun di bina oleh belanda, design nya di lakukan oleh arkitek Yazid Sutan Gigi Ameh.



Sekitar Jam Gadang, merupakan sebuah dataran, dan apabila malam menjelma, penjaja kecilan akan memulakan perniagaan mereka.




Padang Bukittinggi - Pasar Atas






Pasar Atas

Sebuah kompleks membeli belah. Didalamnya, terdapat deretan kedai yang lebih kecil, kebanyakkan nya menjual hasilan seperti baju dan kain. Oleh kerana Bukittinggi terkenal dengal sulamannya, maka, kain bersulam lah yang menjadi bahan jualan utama disni. Sama ada telkung atau kain ela yang telah siap di potong sepanjang 4 meter.

Harganya?. berpatutan, dan kedai yang banyak memberikan anda untuk menawar harga terbaik. Selain dari kain untuk dibuat baju, ada juga kedai yang menjual kain langsir, kain untuk membuat seluar lelaki. Disini juga terdapat kedai yang boleh membuat baju dalam masa 24 jam, (aku tak pernah cuba lagi).

Pasar Atas menjual barangan kering, kalau ada atas,, ada bawah?.. Yer, Pasar Bawah pula menjual barangan basah ,, (aku tak pernah masuk lagi tempat ni) Next trip insyallah, nak tengok dan explore kawasan ini!.

Apa nak cari di Pasar Atas?


Kain ela bersulam
Sekiranya berminat dengan kain yang dah disulam untuk dibuat baju kurung, disini lah tempatnya. Kualiti sulaman, tergantung kepada pembekal ke pekedai ini, ada yang halus, ada yang kurang teliti, dan harga bergantung kepada kualitinya. Juga pada kainnya (disini , disebut bahan)

Telekung
Juga terdpat banyak jenis telekung dijual disini, ada yang kain cotton (di sebut katon), dan berbagai jenis yang lain. warna dari yang putih, kelabu , dengan sulaman yang penuh, sulaman tebuk, sulaman ayak! ,,entah lah!

Kain ela untuk buat seluar lelaki
Pun terdapat disini. Tak pernah cuba untuk membuat seluar dalam masa satu hari, nak cuba ker?.. entah lah!

Langsir
Kain langsir dan boleh disiapkan dalam masa 24 jam, (jahit langsir yang bodoh bodoh jer ler). Perhatikan selain dari kain langsir yang telah di siapkan, dimana fesyen nya tak terdapat di Kuala Lumpur. Harganya pun berpatutan.

Kedai Elektrik
Nak beli barangan elektrik?. tak payah lah, tapi aku berpeluang mencari LNB C-Band sikembar. Dengan harga yang murah. Sebab di Kuala Lumpur memang tak dijual barangan ini dengan cara terbuka.





01 March 2012

Bukittinggi - Shopping spree!

antara barangan yang menarik untuk di cari di Bukittinggi ialah sulaman, sama ada telekung atau pada kain.

Dsini ,,
Jilbab = Tudung
Bahan = kain ela

Ada beberap butik butik di merata tempat di Bukittinggi yang menyediakan jualan pakaian sulaman. Untuk mereka di sini, menyulam ada lah satu pekerjaan dan cukup untuk menyara kehidupan disini.

Antara butik yang kami singgah ialah..




atau yang ini ,,

atau yang ini ...


atau ini,,,

atau ini ,,,


dan ini,,

Pilihan bermacam macam, boleh membuat kan mata menjadi rambang..












Padang Bukittinggi - Pandai Sikek - Kraftangan


Antara kedai yang menjual barangan khusus untuk pelancung. Orang sini kata butik! Biasanya menggunakan rumah sebuah untuk menjual barangan seperti baju dan lain lain krafttangan.

antaranya ialah ..


deretan baju bersulam, siap untuk dijual. Sememangnya, sulaman bukittinggi adalah yang terbaik di Indonesia, itu yang aku tahu lah!

Menjadi idaman setiap wanita yang mengunjungi tempat seeperti ini...



demonstrasi menunjukkan cara cara menyulam songket,, tapi tengok coraknya, kurang minat lah!


memerlukan ketelitian dan cermat untuk menenun songket ni!.. sebab tu wanita sahaja yang sanggup buat..

begitulah diselang selikan,,,benangnya, secara manual!. satu keping songket, dikhabarkan, hampir 1 bulan untuk siap!










Padang Bukittinggi - Pandai Sikek


Kalau ikut nama, macam pandai sesuatu, ialah kalau ikut bahasa Malaysia, tapi ini kat Indonesia, Sumatera Barat, Bukittinggi, sudah tentu membawa makna yang berlainan!.. Merujuk di laman web ini ,, http://id.wikipedia.org/wiki/Pandai_Sikek,_Sepuluh_Koto,_Tanah_Datar Padai Sikek adalah sebuah daerah!

Gini lah yang tertulis di web ini ,,Pandai Sikek merupakan salah satu nagari yang termasuk ke dalam wilayah kecamatan Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Nagari ini terletak di dekat Batusangkar, ibu kota dari kabupaten Tanah Datar. Nagari Pandai Sikek juga dikenal sebagai tempat pengrajin tenun, dan ini diapresiasikan oleh pemerintah Republik Indonesia dalam gambar mata uang pecahan 5.000 rupiah.

dan menurut web ini ,,,http://www.pandaisikek.net/
Menurut legenda, Nagari Pandaisikek sudah lama sekali, bahkan ada yang mengatakan sudah berumur lebih dari seribu tahun. Tapi itu sulit diterima karena t...


Paham?

Apa ada di Pandai Sikek? Kerajinan tangan, handycraftnya. Antaranya ialah ukiran kayu. Bermula seperti ini ,, kayu di ukir menjadi berbagai bentuk..

Antara hasilnya ialah,,,


yang mungkin bermula disini...


dan di sini.. ...