15 October 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London...

beberapa keping gambar yang  sempat di snap, ketika berada di kota London, 

Antara kedai yang menjual cenderamata or cenderahati...key chain, fridge magnet, bermodelkan antaranya istana buckingham, tower bridge...

harga? pandai pandai la menawar! ,, kalau tak dapat, tinggalkan jer, cari tempat lain,,,
 


Perkhidmatan teksi di Kota London, menggunakan black cab. Secara terperincinya ada di terangkan di sini http://www.londonblackcabs.co.uk/ . Tak merasa nak naik, memikirkan harganya yag sudah tentu mahal, ialah semua nya di darab 5. Or baca la kat sini ...http://en.wikipedia.org/wiki/Hackney_carriag

Hackney carriage

From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
LTI TX1 cab
LTI FX4 cab
London growler circa 1900
The Beardmore was an alternative taxi design used in London during the 1960s and 1970s
A hackney or hackney carriage (also called a cab, black cab, hack or London taxi) is a carriage or automobile for hire.[1] A livery carriage superior to the hackney was called a remise.[2]
In the United Kingdom, the name hackney carriage today refers to a taxicab licensed by the Public Carriage Office in Greater London or by the local authority (non-metropolitan district councils or unitary authorities) in other parts of Great Britain, or by the Department of the Environment in Northern Ireland.


Ini ialah tugu yang terdapat di hadapan istana buckingham, apa sejarahnya,, akan aku cari nanti..





London yang basah ketika musim panas, tapi sungguh dingin. Mau mengigil gak lah. Matahari amat segan memancarkan sinarnya, walaupun ketika musim panas. Hujan yang dikatagori kan renyai di  malaysia, redah jer ler,,,




Tompokan awan hujan menyembunyikan langit biru di kota london.


 Walau dingin, perjalanan diteruskan,, singgah sekejap di kedai menjual alatan istana, kata mereka lah,,



 Antaranya, pinggan mangkuk sperti yang digunakan didalam istana buckingham. Tengok jer ler ,,,,


 Sekarang ini, Buckingham palace di buka untuk kunjungan orang awam,dengan bayaran masuk ,,,tah berapa pound. Itu pun, ramai yang beratur panjang,,,



Ini antara guards yang berkawad untuk masuk ke istana..ooohhh ini yang menyebabkan ramai orang tertumpu di pintu  masuk Istana...


14 October 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London...

Red Telephone Booth
lagi yang berwarna merah, pondok telepon public, dalam pengunaan telefon bimbit , masih ada kah lagi pengguna telefon awam seperti ini?




memetik dari sumber .http://en.wikipedia.org/wiki/Red_telephone_box..             

The red telephone box, a telephone kiosk for a public telephone designed by Sir Giles Gilbert Scott, is a familiar sight on the streets of the United Kingdom, Malta, Bermuda and Gibraltar, and despite a reduction in their numbers in recent years, red boxes can still be seen in many places and in current or former British colonies around the world. The colour red was chosen to make them easy to spot.










Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London...

souvenirs Souvenirs banyak dijual di sepanjang jalan dari Victoria Stations ke Buckingham Palace. Keychain, caps, banners ,,,pilih jer le mana yang berkenan!.

Sinonim dengan kota london, bas dua tingkat nya!











Souvenirs,,,

Harga? kena pilih, kena tawar,, duit kita, suka kita la,, kalau tak bagi, blah ler ,,,hahaha..


Bas Dua tingkat
 Dulu warnanya merah, sekarang, warna hijau pun ada..

 




Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London

Sementara nak menunggu train ke Gatwick, sempat gak merayau ke Buckingham Palace. Tak jauh sangat dari Victoria Stations, dalam 15 minit berjalan kaki.

Dalam renyai hujan di kota London, kami berdua menuju kearah Buckingham Palace, tempat tinggal Queen,  atau katanya seperti ini,
Buckingham Palace is the official London residence and principal workplace of the British monarch.[1] Located in the City of Westminster, the palace is a setting for state occasions and royal hospitality. It has been a focus for the British people at times of national rejoicing and crisis.  ini di petik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Buckingham_Palace

Ini adalah tempat tumpuan pelancung apabila singgah ke Kota London ni... 




semuanya tertumpu di pintu masuk ke istana, kenapa yer?.. ohh rupa rupanya ada perbarisan pertukaran guard, changing of guard
petikan dari  http://en.wikipedia.org/wiki/Queen%27s_Guard

The Queen's Guard and Queen's Life Guard are the names given to contingents of infantry and cavalry soldiers charged with guarding the official royal residences in London. The British Army has regiments of both Horse Guards and Foot Guards predating the English Restoration (1660), and since the reign of King Charles II these have been responsible for guarding the Sovereign's palaces. They are not purely ceremonial as some may believe; they are real soldiers serving in the army.





Itulah rupanya guard ,, nak tengok sampai abis,...tak kesempatan, so bior ler ,,


 

Inilah rupa istananya...



 


Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London

Setesen yang aku dan isteri kena tuju ialah Victoria Stations, Kalau ikut map, kena tukar tube...kat mana?  kena lah tengok map balik.

 




Kesibukan diwaktu puncak,berebut berebut meninggalkan setesen keretapi, menuju tempat kerja masing masing. 




 Melepak kat cafe sambil menunggu anak bujang sampai. Mana lah pulak budak ni hilang, puas mencari free WiFi, nak send message guna whatsapps.






23 September 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London

Dah sampai, nak cari 2 anak di london yg dah sampai terlebih dahulu.  Mana nak cari ekk? baru nak plan? adoi!

OK, cari tempat yang paling senang nak jumpa,, RV point la,,, ok,, Victoria Stations di pilih, sebab nak ke Gatwick airport pulak petang tu.

Gatwick Airport sebuah lapangan terbang di kota london juga, dan kebanyakkan penerbangn tambang murah berlepas dari sini. Victoria station memang boleh menghubungkan kedua kedua lapangan terbang ini.

Jadi, apa mode perjalanan yang paling murah? Bertanya dengan kaunter khidmat pelanggan, cara murah dan cepat ialah menaiki tube, atau train. Harganya?...banyak pound gak la! ...

ini diceduk dari .. http://www.tripadvisor.com/ShowTopic-g186338-i17-k2002902-How_to_get_to_Victoria_Station_from_Heathrow-London_England.html

The Underground will take you from LHR to Victoria with a minimum of fuss. Heathrow Connect is an overground train similar to the HEX, but it is a stopping service - the HEX runs from LHR to Paddington with no stops en route - with Connect taking about 25 minues from the airport to Paddington.
Taking the Tube is fairly simple. There are three Tube stations at LHR: one at T5, one serving T1,2,3 and one at T4. Take any Piccadilly line train from any of the stations. At Hammersmith, alight and walk across the platform to join an eastbound District line train. Take the District line to Victoria and that's it.


 Apa pulak tube tu? adoi! ,,, macam LRT kat KL ,, apa apa pun , baca lah kat sini..

http://en.wikipedia.org/wiki/London_Underground

antaranya ,,,
The London Underground (often shortened to the Underground) is a rapid transit system in the United Kingdom, serving a large part of Greater London and some parts of Buckinghamshire, Hertfordshire and Essex. It incorporates the oldest section of underground railway in the world, which opened in 1863 and now forms part of the Circle, Hammersmith & City, and Metropolitan lines;[3] and the first line to operate electric trains, in 1890, now part of the Northern line.[4]
The Underground system is also colloquially called the Tube. As commonly used today both by Londoners and in most official publicity, this term embraces the entire system.[5] It originally applied only to the deep-level lines with trains of a smaller and more circular cross-section, and served to distinguish them from the sub-surface "cut-and-cover" lines that were built first and originally used steam locomotives.
The earlier lines of the present London Underground network were built by various private companies. They became part of an integrated transport system in 1933 when the London Passenger Transport Board (LPTB) or London Transport was created. The underground network became a separate entity in 1985, when the UK Government created London Underground Limited (LUL).[6] Since 2003 LUL has been a wholly owned subsidiary of Transport for London (TfL), the statutory corporation responsible for most aspects of the transport system in Greater London, which is run by a board and a commissioner appointed by the Mayor of London.[7]


Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - London

Alhamdulilah, selamat mendarat di lapantangan Heathrow, London, seperti yang dijangka kan, selepas di hidangkan beberapa set makanan didalam kapalterbang. 
 

Melepasi Border Control atau immigeration, dan pastikan landing  card di isi dengan sempurna.

Kena tau gak dan isi dengan betul, dan bila ditanya, jawab dengan confident. Duduk kat mana, berapa lama, apa tujuan,, mudah ,, kalau ada tujuan, bagi tau jer ler,,








          ,

15 August 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - KL - London

Bergeraklah kami ke KLIA pada 3 july tu, flight MH002 boarding time 1000 malam,  dan MH002 ni adalah penerbangan A380 kali kedua ke london,

Kuala Lumpur to London on MH 002 (non-stop)
3 times weekly (Tuesday, Friday, Sunday) from 1 Jul 2012.  antara liputan penerbangan A380 dari Heathrow, London http://www.telegraph.co.uk/travel/travelnews/9372053/Malaysia-Airlines-launches-first-A380-flight.html .. '
The A380 has a capacity of 494 seats on two decks – 350 economy and eight first-class seats on the lower (main) deck, and 66 business class and 70 economy seats on the upper deck. Though the width of the fuselage makes the cabin feel far more spacious in business class, on the lower deck the economy seats are ten abreast, across two aisles, and the cabin looks more like a cinema than an aircraft.'



Maka jadi lah aku dan isteri menjadi antara penumpang yg awal, antara 1000 pertama orang  yang menggunakan A380 ni..

Menuju KLIA, aku menggunakan ERL KLIA EXPRESS RM35 serorang.


Seperti biasa, prosess check in, ambik boarding pass, masukkan barang ke luggage, ini semua di KL Sentral.

Biasa jer, kelas ekonomi...







 dan menaiki ERL express,,, memakan  masa 23 minit.

Sebelum melepasi imigresen,makan dulu di 



,seterusnya pemeriksaan keselamatan, bergerak ke arah pintu berlepas,, tunggu,, pemeriksaan keselamatan lagi,... masuk dalam kapalterbang ,,, duduk,, dan duduklah sehingga 12 jam seterusnya!.. Lama tu ,,

besar , dan boleh membawa ramai penumpang....Standard dalam kapalterbang ialah sistem AV nya, boleh la layan movie, dengar music, nak mengaji ker ,,,

Yang lebih nya dalam A380 ni , ada USB port, maka,, dapat lah aku charge phone!,,,disepanjang perjalanan dari KL ke London ni.

14 August 2012

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - Memilih tempat tinggal

Memilih tempat tinggal

Agak sukar gak nak pilih tempat tinggal ni sebab di mana nak tempah dulu,,akhirnya, setelah di bincang dengan anak yg dah berada di UK, perjalanan akan bermula dari London ke Malaga, Spain , than ke France, Seterusnya ke Newcastle, Sunderland dan berakhir di London.

Berasaskan tarikh dan destinasi yang telah dipilih,dan tiket kapalterbang tambang murah, easyjet menjadi pilihan.., di UK pun di beli,,, pencarian tempat tinggal pun bermula.

Bila memilih tempat tinggal, beberpa perkara diperhatikan dahulu
1. ada WiFi tak? free lagi lah bagus
2. kedudukannya di mana?.. bagus kalau dekat dengan mana mana setesen TUBE atau METRO atau apa apa pengangkutan awam. Biasanya di eropah, pengangkutan awamnya agak efisen. (memang efisen pun..)
3. kedai makan yang halal - biasanya pengendalinya samaada dar i pakistan atau negara timur tengah. Kalau pengnedalinya orang turki, kena berhati hati ..



Hotel di Malaga, Spain (4/7 hingga 7/7)


Google sana dan sini, dan menggunakan khidmat agoda.com, beberapa hotel dipilih di destinasi pertama, iaitu bandar Malaga, Spain.

Pilih yang murah, nak tau bersih ker tidak ker, setakat dalam gambar dan beberpa review dari penghuni hotel tersebut la.. Maka, pilihan yang dapat, ialah di Hotel Sercotel Bahía Málaga 

Harga bilik? mengikut tarikh dan berapa awalnya di tempah.. so dapat berapa? Harga serendah USD 107 semalam.. mahal? errr,, bayar jer lah,, dalam USD 373. Komen aku pasal hotel ni ada kat sini http://www.agoda.com/europe/spain/malaga/sercotel_bahia_malaga_hotel.html?

Kedudukan hotel ni, di tengah bandar, memudahkan kami berjalan jalan ke beberpa tempat tarikan pelancung di bandar Malaga ni.

Kenapa Malaga? susah gak nak tahu kenapa, tapi, dari sini, hendak ke beberapa tempat ke Cordoba dan Granada, agak dekat, dalam dua jam perjalanan mengikut lebuhraya, yang percuma toll..
Bila dah duduk di hotel ni, carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 5 minutes to reached the restaurant).

Hotel ni ada WiFi percuma..penting tu...

Hotel di Paris (7/7 - 9/7)

dengan bantuan agoda.com beberpa tempat di pilih dan cari punya cari, dapat tempat di Malakoff. Jauh ker dari pusat bandar?.. entah lah mana nak tau? book jer lah dulu, sekurang kurangnya dah tahu nak singgah di mana bila dah sampai nanti.. nekad jer.

apa nama hotel? ni dia ..Residence de La Tour ni terletak di Malakoff, Paris.

Ni kira hotel 2 star jer... so ambik dua bilik, dan kena lah bayar dalam USD256.24 . Mahal ker?.. harga ni sebenarnya harga bilik sahaja, so no breakfast provided. Nak breakfast, kena tambah dalam 8 EURO seorang .. macam tak berbaloi, so tak ambik bfast la.

empunya hotel ni seorang turki, muslim katanya. Dan dibantu oleh anak anak perempuan beliau. Bagusnya, dia orang boleh berbahasa Inggeris. Kalau kat France ni, cakap bahasa inggeris , memang tak layan. baik cakap bahasa malaysia.. hehehe

Bila dah duduk di hotel ni, carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 5 minutes to reached the restaurant), ni sama macam kat Malaga gak, Senang nak isi perut. tapi yang tak laratnya, bila di tanya HALAL, jawapannya HALAL, ada certificate lagi. Tapi bila tengok menu ada pulak burger Jambon (jambon tu pork la) tapi siap buat disclamier lagi kat bawah tu  - TAK HALAL (in french la ayat tu)



Hotel ni ada WiFi percuma..penting tu...


Hotel di Sunderland.(9/7 - 11/7)

Senang,,, anak aku bookkan guest house atau bed and breakfast. Harga dalam 10 pound satu bilik semalam. Ini ada breakfast, so tak de masalah. Bahasa Inggeris , di pahami. Yang tak paham, sebab slang lain... adoi!


Hotel di London (11/7 - 15/7)

Yang ini, aku menggunakan khidmat booking.com untuk mencari tempat tinggal. Nak murah, nak murah,,, jauh dari London pun tak per ,, gitulah bisikan isteri aku ,,, hahahah

Cari punya cari, pilih hostel (hostel tau  bukan hotel) dan memilih bilik 4 orang. Hostel ni lain lah dari hotel. 


Northfields Hostel

264 Northfield Avenue, Ealing, London, W5 4UB (Show map


Carian tempat makan halal pun bermula, dan alhamdulilah, ada berdekatan (dekat tu ,, boleh jalan kaki sahaja, and take less than 3 minutes to reached the restaurant),


 

Percutian ke Eropah (3 jul - 15 jul 2012) - permulaan

Merancang perjalanan ke Eropah bermula apabila anak yang sedang belajar di Univeristy of Sunderland akan menamatkan pengajian di bidang degree in business computing (betul ker kursus ni, nanti diperbetulkan kiranya tak betul) di pada bulan july dan majlis konvoksyen akan berlansung pada 10 jul.

Memula yang masuk senarai ialah:
1. sapa nak ikut? errr...ada ker offer macam tu..
2. tiket kapalterbang
3. tarikh nak pergi - penyudahnya ikut harga tiket murah
4. hotel di mana? harga cam ne
5. mana tempat nak pergi lagi... last last pilih spain dan france
6. buat lesen memandu yang satu piece, sebab terikir kalau nak dribe kat sana, lesen malaysia di terima dengan syarat jenis yang satu piece,
7. passport , tarikh mati bila ekk,,, tak per lama lagi, baru balik dari bangla tempohari..
8. duit tukaran,,,pilih Euro dan Pound
9. aktifkan kad CIMB, untuk overseas withdrawal, boleh di gunakan di ATM yg ada logo CIRRUS atau PLUS (PLUS ni maybank jer kot)
10. bag travel
11. makanan dalam bungkusan,,, ala,,,, mee maggie la,,


Sapa nak ikut?.. aku, dan isteri, dan  anak no 2 nak ikut gak.. nak berjalan di UK katanya..

Maka, pencarian tiket kapalterbang pun bermula, membandingkan antara Ethiad, KLM, Emirates, Oman Air, singapore airlines, dan Malaysia Airlines, di mana, Malaysia Airlines juga menjadi pilihan. Murah ? Mahal ? pilih flight yang murah, maka dapat lah tarik pergi pada 3 jul, dan dijangka pulang pada 15 jul.. harga? hampir Rm4100 gak seorang , pergi balik..

Sementara anak seorang lagi tu,,, pilih Brunai Airlines, in fact, flight Brunei Airlines lah yang paling murah, cuma kena transit di dua tempat. Tiket berharga rm3500 dari KL -- Bdr Sri Begawan -- dubai -- London Heathrow, dan balik ikut laluan yang sama. Camne boleh murah?.. adalah strategi mereka..

tiket dah beli, tak kan nak lepak kat UK jer, alang alang dah sampai di sana, maka beberapa tempat menjadi pilihan. Pilih punya pilih,dengan jangka masa yang terhad disana, destinasi berikut menjadi pilihan:
1. Spanyol - nak pergi tengok Alhambra di Granada dan Masjid Cordoba, di Cordoba
2. France - nak melihat sendiri EiffelTower dan Champ De Elysee, di Paris
3. UK - nak visit semula Oxford street, Buckingham Palace, Trafalagar Square, Malaysia Hall, (errr,,,) and off course, graduation anak di Sunderland., and nak shopping kasut Clarks,, hehehe




23 July 2012

Berjalan ke Eropah... tak la,, setakat Sepanyol (Spain) , Peranchis (France) dan United Kingdom - 3 Jul - 15 Jul 2012

Catatatan perjalanan dari Kuala Lunpur ke beberapa tempat di eropah, antaranya, Spanyol, Peranchis dan United Kingdom (UK). Begitu pun , perjalanan dengan anak dan isteri, seramai 4 orang, memang mencabar, dengan flightdelaynya, dengan tidak cukup tidurnya, dengan kelam kabut driving di sebelah kiri!,,


Bermula dari Kuala Lumpur, bertolak jam 11 malam, mendarat di London, Heathrow, dan terbang ke Malaga, Spain, dan seterus nya ke Paris. Sebelum terbang lagi ke Newcastle, dan menaiki keretapi balik ke London, dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur.


Insyallah akan diceritakan selepas ini..berserta dengan beberapa kpeing gambar yang sempat di snap!.

28 June 2012

Bangladesh - Dhaka 26 Jun 27 Jun (28 kot)

kalau nak tau kat mana  bangladesh, dhaka, refer kat link bawah ni...


https://maps.google.com.my/maps?q=bangladesh+dhaka&hnear=Dhaka,+Dhaka+Division,+Bangladesh&gl=my&t=m&z=12


Ibu negeri Bangaldesh ialah Dhaka , disebut dacca, merupakan pusat pentadbiran negara Bangladesh.


Populasinya, 16 juta,, punyala ramai, dan boleh agak lah macam mana sesaknya bandar Dhaka ni.


Ia sebuah bandar utama, diantara bandar bandar di Bangladesh. Kalau dah ramai orang, pengangkutan utamanya ada lah basikal beca. Itulah yang menjadi nadi pengerrak di bandar Dhaka ni.


paham paham jer lah, pengayuh beca road tiga ni, ikut suka dia orang sahaja,, tah mana hala trafik, tah mana dia orang ikut dan jer.





Bangladesh - Dhaka 26 jun to 27 jun

Pertama kali sampai ke bandar Dhaka, kota yng padat dengan penduduknya. Penerbangan MAS mengambil masa tiga jam lebih untuk sampai, berlepas dari KLIA jam 11 malam. 


Alhamdulilah , immegresen nya tak banyak kernah. Ruang beratur di kaunter masuk, agak baru di perbaharui. Nampak kemas, kemasan lantainya. 


 Tidak banyak soal, selepas passport di rubberstamp, dan boarang kemasukkan di ambil, dilepaskan lah kami. selamat datang ke bangladesh. 


Perjalanan bermula. Pengambilan bagassi agal lewat sedikit, tah mana bag aku di campakkannya...sempat gak berbual dengan orang lain yg sama menunggu. Urusan business katanya.. Ohh..balik bila? Ohh samma la.. 


Sudah di rancang lebih awal, kami menggunaakan perkhidmatan transport yang di sediakan oleh hotel. Murah ker? Tak.. Dalam USD20 setiap seorang. Perjalanan memgambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke hotel, Ruposhibangla hotel. 


 Ikut waktu malaysia, dah jam 3, esok nya nak meeting pulak.. Letih and mengantuk. Tidur dulu...and set waktu subuh di handphone. Nak cari kad sim local, tak sempat pulak.. Nak try wifi di hotel, mak ai..mahal lah pulak. 


Cari  punya cari ..ada free wifi...dapat gak  comunicate guna bb. Itulah pasal...puas godek ipad ni, nak conect,tak lepas lepas gak...

25 June 2012

25 jun 2012 ..bangladesh

Perjalanan pertama kali ke negara Bangladesh, negara yang sinonim dengang pekerja yang ramai di Malaysia. Baru aku tau, kena apply visa kemasukkan di pejabat persuruh jaya tinggi di Kuala Lumpur. Mungkin sama macam orang mereka yang hendak berhijrah ke Malaysia.


FLight berjadual jam 1020 malam, di jangka sampai jam 1.00 pagi waktu tempatan. 


Adoi...mengantuk lah jawabnya esok.. 


Cerite sikit pasal visa ni, kena la apply, isi borang la


Mintak gambar ada specific saiz. 3 keping saiz 36mm X 36 mm. 


Lepas tu bayar yuran kat maybank.. Maybank jer ,bank lain tak terima.. 


Antar sendiri kat pejabat kedutaan, bertempat di lorong damai, jalan damai, off jalan ampang. Kat mana tu?,, cari jalan aman, jumpa jalan damai, jumpa la lorong damai. 


 Sampai kat tempat kedutaan, terasa dah macam kat negara dia orang..walau pun tak pernah sampai,,,gitu lah agaknya.. Ramai rakyat bangladesh kat malaysia ni,, so ramai la yg melawat kedutaan, memohon passport dan sebagainya. 


 Antar borang, siap,, bila encik? Tiga hari..alamak lamanya. Selepss tiga hari, pergi balik ke pejabat, dari jam 4hingga 3 sahaja di benarkan pengambilan passport. Tak boleh suka suka oii. Begitu jugak masa serah borang..dari jam 9 hingga 1 sahaja. 


Lewat? Tak layan kot. Sekali tengok, alamak..simple jer, cuma rubberstamp jer, ish..ingatkan macam visa negara india, ada pelekat dan bergambar. 


Ini gambar aku sampai tiga kepin, tah apa dia nak buat. 


 Jam 1020 flight,,..paling cepat ke klia, naik ERL... Mahal la sikit..but pantas.. And ada free internet pulak.. Tu yg update blog ni. Gambar? Dah ada nanti, baru dapat upload.. Semuga perjalanan ini, diberkati Allah...aminnn.

08 April 2012

Dubai - 2004





Berpeluang ke Dubai pada tahun Jun,2004 atas urusan kerja. Bertolak dari KLIA , awal malam, penerbangan mengambil masa 8 jam lebih untuk sampai di sana.

Selepas checkin, tidur dulu, dan turun untuk breakfast. Balik semula ke bilik, dan hanpir selepas asar, dalam jam 4 baru keluar semula unutk ke bandar Dubai. Itu pun selepas di nasihatkan oleh pemandu taksi, kedai tak buka la selepas tengahhari.. tidur rupanya mereka ni diwaktu tengahhari, panas barangkali cuacanya.


Mengikut wesbite http://en.wikipedia.org/wiki/Dubai

Dubai (Arabic: دبيّ‎ Dubeii; IPA: [du'beii]; English pronunciation: /duːˈbaɪ/ doo-BY) is a sovereign state known as an emirate in the United Arab Emirates (UAE). A city within the emirate is also named Dubai. The emirate is located south of the Persian Gulf on the Arabian Peninsula and has the largest population with the second-largest land territory by area of all the emirates, after Abu Dhabi.[4] Dubai and Abu Dhabi are the only two emirates to have veto power over critical matters of national importance in the country's legislature.[5] Dubai City is located on the emirate's northern coastline.


Matawang.
Dubai mengunakan AED sebagai matawangnya, dan ketika di tahun 2004, mereka mengikat matwwang mereka dengan USD.


Apa yang istemewanya pasal Dubai ni?

Pada saya, tempat shoppingnya, mudah nak cari barang, sebab hanya perniagaan yang sama di tempatkan di satu jalan. Kalau disitu dikhaskan unutk kain, maka kain sahaja la kedai kedai yang lain. Kalau tempat tu dikhaskan untuk accesories kereta, maka yang lain pun sama gak.

Tapi yang paling terkenal ialah Gold Souq, atau Pasar Emas.


Dikhaskan untuk menjual emas, kedai kedai bersebelahan pun menjual emas. Apa yang menariknya, tiada pengawal keselamatan atau pu kedai yang di kawal rapi dengan alat keselamatan, tidak ada grill dan sebagainya..


Dubai Abra

Abra sejenis pengangkutan boat unutk menyeberang Dubai Creek.

Dubai ada dipisahkan dengan creek atau macam teluk, dan memerlukan pengankutan air untuk menyeberang, macam kami pejalan kaki ni.

Harganya dalam AED1 dirham, kira murah, dengan bentuk boat yang open air. Mengambil masa dalam 10 minit untuk menyeberang kesebelah.


Tempat duduk nya mengadap keluar,dua baris, hanya ada bumbung.


Tempat duduk nya mengadap keluar,dua baris, hanya ada bumbung.


Makanan?
Yang sedap dimakan ialah briyani kambingnya. Dengan harga yang berpatutan , dakam AED7, mampu kan kita nak makannya? Sebab saiz nya untuk middle east, sebenarnya, boleh di makan unutk dua orang.





Saiz makannan yang besar, boleh untuk dua orang ni.





Jalan jalan di Dubai

Jalan yang terkenal dengan tempat membelibelah ialah Naif street.





Antara barangan yang banyak dijual ialah kain ela...









Sunset at Dubai


Sunset in Dubai...

Bukittinggi - Pengangkutan Awam, Angkot


Angkot (dari Angkutan Kota,, jadi lah Angkot), satu jenis pengangkutan awam yang popular di Indonesia, dan tidak ketinggalan di Bukittinggi ini. Berasaskan sebuah van yang telah di ubah suai , mampu memuatkan lebih dari 10 orang. Kedudukan kerusi nya, hanay dua baris, maka duduk berhimpit himpit lah, seperti yang disuruh oleh pemandu Angkot tersebut.


Tambang?
Murah, seorang hanya perlu membayar IDR 2000 seorang,




Laluan?
Setiap lalulan telah ditetapakn. Macam mana nak tau? tengok warna kenderan Angkot, atau tanya ,,pergi mana ..
.