Melihat kembali tulisan dlm blog ini, ternyata aku tidak berjalan pada tahun 2017. Membelek passport, ohh aku ke Mekah Madinah menunaikan Umrah bersama anak perempuan, isteri dan adik ipar.
Kemudian ke Mekah madinah lagi untuk mengerjakan haji pada 09/08/2017, selama 57 hari.
Alhamdulilah, dapat menjadi tetamu Allah dan mengerjakan haji walaupun rayuan asal telah ditolak.
Mendapat notis dalam masa 1 hari, kesokkannya, Jumaat , dan mengambil surat tawaran dan membuat pemeriksaan kesihatan, penerbangan ke tanah suci pada hari Isnin malam Selasa.
Kumpulan kami KT 38B2, masuk ke Madinah, dan selama 8 hari disana, baru la bergerak ke Mekah, untuk menunaikan umrah wajib kami dan seterusnya menunggu waktu wukuf, ia itu menandakan permulaan pengerjaan ibadah haji.
Suatu pengalaman, bergerak dari Mekah ke Padang Arafah, bermalam di Mudzalifah, melontar 3 Jamra, bermalam di Mina, dan seterusnya, tawaf dan saei haji.
No comments:
Post a Comment