28 March 2016

Krabi - Feb 2015

Penginapan di Krabi telah diaturkan oleh agen yg juga driver van kami. Van toyota hiace..memuatkan 8 orang agak selesa..bergerak dari sempadan malaysia di Wang Kelian.

Berhenti di sebuah pekan kecil untuk menikmati sarapan pagi. Agak kekok untuk memesan makanan dan minuman kerana tidak memahami apa yg tertuis di menu dan apa la rasanya.

Perjalanan dari wang kelian ke krabi melalui kampong kampong di thailand. Melihat banyak masjid disepanjang perjalanan ini..mengesahkan Islam telah bertapak di selatan thailand ini.

Pemandangan diselang seli dengan deretan pokok kelapa..pokok getah..banjaran gunung dan sesekali perkampungan.

26 March 2016

Krabi - Feb 2015

Krabi?.. kat thailand..sebelah pantai barat.  Perjalanan dari KL menuju terus ke Arau. Singgah bermalam di Arau..dan keesokkan harinya terus ke pintu masuk thailand di Wang Kelian.

Perjalanan diteruskan dengan menaiki sebuah van siam berserta pemandu. Pakej termasuk hotel dan transport. Bergerak awal pagi untuk mengelakkan kesesakan di pintu keluar memandangkan ia ada la cuti tahun baru china.

Itu pun hampir 1 jam untuk melepasi imigresen di sebelah thailand.


22 March 2016

Padang Bukittinggi

Kedudukan Bukittinggi ada lah lebih kurang 100km dari lapangan terbang Padang. Di Indonesia di sebut Bandara @ Bandar Udara untuk lapangan terbang atau airport.

Ulu Bendul... Kuala Pilah 20 mar 2016

Ini bukan la lokasi perjalanan keluar..tapi sebuah lokasi di tepi jalan antara ulu bendul ke tg ipoh, kuala pilah.

Dengab sawah padi terbentang dan banjaran bukit di belakangnya, warung ini menjadi tumpuan warga berdekatan untuk menikmati sarapan pagi disini.

Antara menu hidangannya ialah nasi lemak, mee soup, roti canai dan pelbagai kuih muih tradisi.

17 March 2016

Padang Bukittinggi March 2016 - gerhana matahari separa

Alhamdulilah berkesempatan melihat gerhana matahari..hanpir 90% ketika berada diPadang. Malangnya kekurangan peralatan untuk melihat menghalang untuk merakam gambar yg tepat ketika gerhana berlaku..

Padang Bukittinggi March 2016 - Ke Lembah Harau

Lembah Harau terletak di Paya Kumbuh..kira kira 2 jam perjalanan santai dengan kenderaan.

Perjalanan melalui sawah padi terbentang luas dengan dan diselangi oleh  pokok kelapa dan juga pokok avacado.

Sempat berhenti disebuah gerai yg khusus mengeluarkan kudapan berasaskan jagung. Dari air jagung, cucur jagung..

16 March 2016

Padang Bukittinggi - March 2016...perusahaan kacang goreng

Kami sempat singgah di satu gerai menjual hasil keluaran kampung..iaitu kacang goreng dan gula diperbuat dari air tebu. Hasil tanaman dikumpulkan dan di proses sebelum di hantar keluar. Kaedah tradisi masih dilakukan di daerah ini..seperti memerah air tebu dari batangnya menggunakan mesen yg di tarek oleh kerbau.

Melihat penggoreng kacang tanah...yg menggunakan tenaga 4 kerat..menggoreng selama hampir 2 jam. Dicampurkan pasir dan daun kayu manis. 

Hasilnya..dijual dengan harga IDR10000 perliter. Lebihkurang RM 3 setiap liter...liter ekk..bukan kg..mungkin senang nak ukur menggunakan isipadu ..