19 March 2012

Padang Bukittinggi - catatan perjalanan 15 March 2012 - 18 March 2012


Alhamdulilah ,,selamat pergi dan selamat sampai semula ke KL.

Perjalananan yg amat menarik sekali, bila trip ini tidak melalui travel agent atau menempah sebarang transport di sana.

Beberapa penyelidikan awal untuk mencari agen yang sesuai dialkukan sebelum ini. So, refer balik kat travel agent yg selalu di hubungi, iaitu Shaan Holidays, Bila mendapat quote, dia mintak Rm881 seorang untuk tinggal di The Hills Hotel. Agak mahal, maka, cari lah agen laun dan teringat Raun Sumatera. Nama pun Raun Smatera, http://www.raunsumatra.com rupanya direct translate dari BI, ROUND ..hahaha

Selepas berkomunikasi beberapa kali, akhirnya, mengambil tempahan hotel sahaja dari Raun Sumatera. Dibandingkan menempah hotel dari

1. Raun Sumatera http://www.raunsumatra.com/v1/

2. Book direct ke The Hills , refer kat sini lah http://www.thehillsbukittinggi.com

3. Melalui AGODA.COM http://www.agoda.com.my/asia/indonesia/bukittinggi/the_hills_bukittinggi_hotel_and_convention.html

Satu malam, Raun Sumater charge Rm225 untuk The Hills, dan untuk hujung minggu di tambah lagi RM20. Jadi,selepas pembayaran di bayar ke local agent, melalui CIMB online, slip voucher hotel pun di berikan kepada saya.

Sebenarnya, ada sedikit kesilapan bila buat booking, hanya dari 15 hingga 17. Sepatutnya keluar 18, sebab flight awal pagi 18 March. Tak apalah, dah bayar, silap pulak tu,,,


Flight awal pagi, jam 7:50, kena 2 jam sebelum berlepas, jadi kena lah bangun awal.. dan bertolak ke LCCT KLIA melalui KL Sentral , naik bas jer,, murah , satu jam ,,sampai lah . Web Chck In pun dah buat, boarding pass pun dah ada, Cuma masukkan luggage jer di kaunter.

Huh,,mana lah pulak kaunter ni ,, la baca lah kat papan kenyataan tu...

Alamak, bila timbang, dah lebih dari had, 15 kg, so,, kena lah keluarkan, dan pikul lah. Tak banyak pun terlebih 1.2 kg saja. Hemnm,, strict gak minah yg jaga kaunter ni, yelah ,, dah tugas diakan..


Masih ada masa lagi, so cari sarapan di LCCT tu. Apa yang ada? kalau tengok gambar macam macam ada,, tapi yang tersedia diwaktu pagi cuma air dan nasi lemak atau mee goreng.. so makan apa? Ambik jer nasi lemak dengan telur goreng.. Mahal gak,, mungkin sewa mahal itu yang charge mahal ke planggan Rasanya? boleh lah telan.


Dah makan, langsung ke imigration kaunter, tapi sebelum tu diperiksa lagi oleh pegawai air asia,dan pengawal keselamatan.. Chop passport dan terus ke pemeriksanna keselamatan sekali lagi. Kena scan la bag dan badan.

dah lepas semua tu, terus ke pintu untuk flight AK1370

Tunggu lagi

Flight ontime,,,, 7:50 terbang dah, 50 minit kemudian, landed.

Alhamdulilah, dapat seat belakang, so, ada tangga belakang,,… kan Air Aisa mengamalkan tiada air bridge. Cuaca pun cantekk,,awal pagi, dan disebab kan itu juga, alhamdulilah, kami antara yg pertama berbaris di kaunter imigresen.

“mana tiket balik” tanya pegawai ..ada encik,ni dia!... (macam la aku tak nak balik dari indonesia ni). Cuma 2 kaunter sahaja yang dibuka,.. so mana yang lewat keluar tu, beratur panjang la. ada lah dalam 180 orang beratur, kalau seorang ambik masa 1 minit, mau satu jam gak beratur tu!..alhamdulilah,,sebab dapat clear cepat..

Selepas di chop kedatangan, ambil bagasi, dan keluar,. dan kena ingat, slip rekod kedatangan yg sebahagian tu mesti disimpan untuk waktu keluar nanti..


Kali ini, tiada wakil dari travel agent yang menunggu ,,so … pencarian transpot pun bermula..ada sorang mamat ni,,himpit,, hendak transport ,, dan terus di bawa ke kaunternya …tengok kalau ambik Taksi,



harga tambang taksi dari Bandara ke pekan pekan ,,ke Bukittinggi , dalam IDR224000, satu taksi, boleh sumbat 4 orang..

1. satu taksi dalam IDR224,000,,

2. sewa dan drive sendiri IDR 300 000

3. dengan supirnya IDR 400 000 sebuah Avanza.


senarai harga nak sewa drive sendiri atau sewa dengan pemandu di bandara

Pikikir piker ,, nak meyinggah banyak tempat, so… ambik avanza sekali dengan supirnya… dan minyak dan makan driver kena tanggung .

OK ,,jadi, tak sampai 5 minit, dah deal , dan keluar dari bandara…..


Perjalanana bermula ,,aku dan isteri aku untuk kali keempatnya di Padang Bukittinggi …

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete