19 March 2012

Padang Bukittinggi - catatan perjalanan 15 March 2012 - 18 March 2012

Lamun Ombak - Rumah Makan atau Restaurant...



Selesa tempatnya, dan bersih, dengan ruamg yang luas untuk memakir kenderaan. Kedudukannya tidak jauh dari Bandara, menjadi singahah popular untuk ke Bukittinggi.

Singgah pertama mengambil masa tak lama dalam 20 minit, sempat lah minum teh o dan teh botol.




ruang parkir yang luas, memudahkan unutk meletakkan kenderaan..

ruang parkir yang luas, memudahkan unutk meletakkan kenderaan..



suasana didalam rumah makan

antara hiasaan taman di Rumah Makan Lamun Ombak.














Padang Bukittinggi - catatan perjalanan 15 March 2012 - 18 March 2012


Alhamdulilah ,,selamat pergi dan selamat sampai semula ke KL.

Perjalananan yg amat menarik sekali, bila trip ini tidak melalui travel agent atau menempah sebarang transport di sana.

Beberapa penyelidikan awal untuk mencari agen yang sesuai dialkukan sebelum ini. So, refer balik kat travel agent yg selalu di hubungi, iaitu Shaan Holidays, Bila mendapat quote, dia mintak Rm881 seorang untuk tinggal di The Hills Hotel. Agak mahal, maka, cari lah agen laun dan teringat Raun Sumatera. Nama pun Raun Smatera, http://www.raunsumatra.com rupanya direct translate dari BI, ROUND ..hahaha

Selepas berkomunikasi beberapa kali, akhirnya, mengambil tempahan hotel sahaja dari Raun Sumatera. Dibandingkan menempah hotel dari

1. Raun Sumatera http://www.raunsumatra.com/v1/

2. Book direct ke The Hills , refer kat sini lah http://www.thehillsbukittinggi.com

3. Melalui AGODA.COM http://www.agoda.com.my/asia/indonesia/bukittinggi/the_hills_bukittinggi_hotel_and_convention.html

Satu malam, Raun Sumater charge Rm225 untuk The Hills, dan untuk hujung minggu di tambah lagi RM20. Jadi,selepas pembayaran di bayar ke local agent, melalui CIMB online, slip voucher hotel pun di berikan kepada saya.

Sebenarnya, ada sedikit kesilapan bila buat booking, hanya dari 15 hingga 17. Sepatutnya keluar 18, sebab flight awal pagi 18 March. Tak apalah, dah bayar, silap pulak tu,,,


Flight awal pagi, jam 7:50, kena 2 jam sebelum berlepas, jadi kena lah bangun awal.. dan bertolak ke LCCT KLIA melalui KL Sentral , naik bas jer,, murah , satu jam ,,sampai lah . Web Chck In pun dah buat, boarding pass pun dah ada, Cuma masukkan luggage jer di kaunter.

Huh,,mana lah pulak kaunter ni ,, la baca lah kat papan kenyataan tu...

Alamak, bila timbang, dah lebih dari had, 15 kg, so,, kena lah keluarkan, dan pikul lah. Tak banyak pun terlebih 1.2 kg saja. Hemnm,, strict gak minah yg jaga kaunter ni, yelah ,, dah tugas diakan..


Masih ada masa lagi, so cari sarapan di LCCT tu. Apa yang ada? kalau tengok gambar macam macam ada,, tapi yang tersedia diwaktu pagi cuma air dan nasi lemak atau mee goreng.. so makan apa? Ambik jer nasi lemak dengan telur goreng.. Mahal gak,, mungkin sewa mahal itu yang charge mahal ke planggan Rasanya? boleh lah telan.


Dah makan, langsung ke imigration kaunter, tapi sebelum tu diperiksa lagi oleh pegawai air asia,dan pengawal keselamatan.. Chop passport dan terus ke pemeriksanna keselamatan sekali lagi. Kena scan la bag dan badan.

dah lepas semua tu, terus ke pintu untuk flight AK1370

Tunggu lagi

Flight ontime,,,, 7:50 terbang dah, 50 minit kemudian, landed.

Alhamdulilah, dapat seat belakang, so, ada tangga belakang,,… kan Air Aisa mengamalkan tiada air bridge. Cuaca pun cantekk,,awal pagi, dan disebab kan itu juga, alhamdulilah, kami antara yg pertama berbaris di kaunter imigresen.

“mana tiket balik” tanya pegawai ..ada encik,ni dia!... (macam la aku tak nak balik dari indonesia ni). Cuma 2 kaunter sahaja yang dibuka,.. so mana yang lewat keluar tu, beratur panjang la. ada lah dalam 180 orang beratur, kalau seorang ambik masa 1 minit, mau satu jam gak beratur tu!..alhamdulilah,,sebab dapat clear cepat..

Selepas di chop kedatangan, ambil bagasi, dan keluar,. dan kena ingat, slip rekod kedatangan yg sebahagian tu mesti disimpan untuk waktu keluar nanti..


Kali ini, tiada wakil dari travel agent yang menunggu ,,so … pencarian transpot pun bermula..ada sorang mamat ni,,himpit,, hendak transport ,, dan terus di bawa ke kaunternya …tengok kalau ambik Taksi,



harga tambang taksi dari Bandara ke pekan pekan ,,ke Bukittinggi , dalam IDR224000, satu taksi, boleh sumbat 4 orang..

1. satu taksi dalam IDR224,000,,

2. sewa dan drive sendiri IDR 300 000

3. dengan supirnya IDR 400 000 sebuah Avanza.


senarai harga nak sewa drive sendiri atau sewa dengan pemandu di bandara

Pikikir piker ,, nak meyinggah banyak tempat, so… ambik avanza sekali dengan supirnya… dan minyak dan makan driver kena tanggung .

OK ,,jadi, tak sampai 5 minit, dah deal , dan keluar dari bandara…..


Perjalanana bermula ,,aku dan isteri aku untuk kali keempatnya di Padang Bukittinggi …

12 March 2012

Padang Bukittinggi - Ngarai Sianuk


Ngarai... canyon dalam bahasa inggeris.

Apa ada disini?.. ada taman, ada lubang jepun lubang jepang) ada taman panorama...

ada gerai menjual jualan ,,





refer disini http://id.wikipedia.org/wiki/Ngarai_Sianok untuk keterangan lanjut ..

Ngarai Sianok adalah sebuah lembah curam (jurang) yang terletak di perbatasan kota Bukittinggi, di kecamatan IV Koto, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Lembah ini memanjang dan berkelok sebagai garis batas kota dari selatan ngarai Koto Gadang sampai ke nagari Sianok Anam Suku, dan berakhir di kecamatan Palupuh. Ngarai Sianok memiliki pemandangan yang sangat indah dan juga menjadi salah satu objek wisata andalan provinsi.

Ngarai Sianok yang dalam jurangnya sekitar 100 m ini, membentang sepanjang 15 km dengan lebar sekitar 200 m, dan merupakan bagian dari patahan yang memisahkan pulau Sumatera menjadi dua bagian memanjang (patahan Semangko). Patahan ini membentuk dinding yang curam, bahkan tegak lurus dan membentuk lembah yang hijau—hasil dari gerakan turun kulit bumi (sinklinal)—yang dialiri Batang Sianok (batang berarti sungai, dalam bahasa Minangkabau) yang airnya jernih. Di zaman kolonial Belanda, jurang ini disebut juga sebagai kerbau sanget, karena banyaknya kerbau liar yang hidup bebas di dasar ngarai ini.

09 March 2012

Padang Bukittinggi - Kuih Bika





Apa tu? la,, kuih lah...

Apa rasa? .. sedap kot, sebab ada manisnya,masin nya!

Harga? ala ... murah jer

Itulah ungkapan pertama kali makan kuih bika ini. Di jual di gerai tepi jalan, dengan ramuan tepung, gula , dll (mana la aku tau)

Adunan tersebut diletakkan diatas kepingan daun pisang, dan diletakkan diadalam bekas peruik tanah. Bara dari kayu kulit manis di gunakan unutk memanaskan dapur tersebut. Cukup masa, masak, di angkat dan di hidangkan. Sedap sebab panas kot, apa tah lagi di layan dengan air kopi

Kadangkadang pemandu kami mengatakan kuih neraka... kenapa ekk? sebab di masak dalam dapur tanah yang di kelilingi dengan bahang panas kot!


.
Deretan dapur dan periuk tanah buat memasak kuih Bika ni ,



Kopi bukittinggi,,,, sedap!

03 March 2012

padang Bukittinggi - Rumah rumah di sini

Rumah rumah di Padang dan Bukittingi kebiasaannya berbumbung kan zink. tidak seperti di Jakarta dan Bandung, dimana disana kebanyakkan bumbung ada lah genting. Zink lebih ringan dan sesuai di kawasan yang sering di landa gempa.

rekabentuk rumahnya agak menarik, dengan laman rumah tang terjaga rapi, menyedapkan mata memandang.










Padang Bukittinggi - Sulaman Hj Rosma









Sulaman Hj. Rosma

Hajjah Rosma. Seorang wanita bekas guru SMP di bukittinggi, memulai usahanya dengan melatih remaja-remaja belajar sulaman khas padang. Hingga akhirnya sampai maju seperti sekarang ini.
Sulaman Hj. Rosma berada di dekat desa Baso, kec. ampat angkek. Menjadi tumpuan pelancung melayu (Malaysia dan Singapore, Indonesia tentunya) yang datang berkunjung sekadar melihat-lihat atau membeli cendera mata, sulamannya. harga yang ditawarkan agak mahal, namum mutunya bagus dan motifnya menarik.


Hajjah Rosma,

















Disini, Hj Rosma menyediakan tempat untuk remaja belajar, Ini dilakukan sebagai sebahagian dari latihan voksional. Bukan pelajar dari Indonesia, malah ada juga yang datang dari Malaysia.


Tekun menyulam, walaupun ramai yang melihat ..


Ketelitian dan memerlukan fokus dan fikiran yang tenang untuk membuat sulaman seperti ini..

Hasil nya, seperti ini ,,

Padang Bukittinggi - Jam Gadang



JAM GADANG.. atau JAM BESAR.. memang besar pun. Terletak di dataran berhadapan dengan Pasar Atas, pasti pelawat tidak akan terlepas pandang. Menurut sejarahnya, di dirikan dalam 1926 oleh penjajah Belanda. Sehingga kini, telah 3 kali bertukar wajah pada bumbung menara nya, iaitu, berbentuk asal (tak tau macam mana), kemudian diubah oleh pihak Jepun yang menjajah ketika perang, dan diubah ke bentuk bumbung minangkabau, seperti yang ada sekarang.

Menara jam ini telah mengalami beberapa kali perubahan bentuk pada bagian puncaknya. Pada awalnya puncak menara jam ini berbentuk bulat dan di atasnya berdiri patung ayam jantan. Saat masuk menjajah Indonesia, pemerintahan pendudukan Jepang mengubah puncak itu menjadi berbentuk klenteng. Pada masa kemerdekaan, bentuknya berubah lagi menjadi ornamen rumah adat Minangkabau...dari http://www.minangforum.com/Thread-SEJARAH-JAM-GADANG

Menara Jam itu adalah hadiah dair Ratu Belanda ketika itu. Dengan ketinggian 13 meter , ia mempunyai 4 muka jam. Uniknya ialah, angka 4 di tulis IIII dan bukan nya IV seperti huruf Roman yang lain.. Walau pun di bina oleh belanda, design nya di lakukan oleh arkitek Yazid Sutan Gigi Ameh.



Sekitar Jam Gadang, merupakan sebuah dataran, dan apabila malam menjelma, penjaja kecilan akan memulakan perniagaan mereka.